Inbox Our Email: koperasi agrobelantik@gmail.com

About

Koperasi Agro Belantik Sik Berhad (K-3-0567) merupakan sebuah koperasi yang telah ditubuhkan pada 24 Disember 2009. Koperasi ini telah ditubuhkan khas untuk mengorganisasikan, membuat perancangan serta menjalankan aktiviti penanaman padi di kawasan tersebut.

Objektif Agro Belantik adalah mengoptimum kecekapan pengurusan sumber semulajadi dalam penanaman padi. Misi organisasi tersebut adalah menjadi syarikat terbaik di Malaysia dalam sector pertanian. Visi-visi adalah menggunakan teknologi yang tingggi dalam sektor pertanian, memberi produk padi dalam kualiti yang tinggi dan memberi khimat pelanggan yang terbaik untuk pelanggan dan pembekal.

Ahli koperasi terdiri daripada pemilik tanah dan penduduk kampung yang berhampiran. Bagi melancarkan lagi projek tersebut, pihak koperasi telah memajak kesemua tanah tersebut selama 15 tahun bagi menjalankan aktiviti penanaman padi secara organik.

Pada Disember 2011, pihak KEDA dan Koperasi Agro Belantik Sik Berhad telah menjalankan kerjasama penyelidikan bersama secara tidak rasmi dengan kumpulan penyelidikan Teknologi Agro Bisnes, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dalam membangunkan kawasan terbiar tersebut dan mempromosi kaedah alternatif pengurusan penanaman padi tersebut ke arah penanaman padi lestari. Koperasi ingin membangunkan projeknya di SRI Lovely farm, Kampung Lentang, Sik.

0 comments:

Popular Posts